The Pink Charity Drop Off Day for Flood Victims of Pantai Timur

Salam sayang semua,
Masih ingat dengan kumpulan sukarelawan The Pink Charity (kawan-kawan dan saya)? Tahun lepas kami telah mengadakan Jualan Amal Gaza. Untuk aktiviti hujung tahun ini pula, bagi membantu saudara kita yang menjadi mangsa banjir, kami akan mengadakan 'drop off day' pada 8 Dis (Ahad) bertempat No. 1, Jalan AU5D/3, Taman Lembah Keramat (lokasi yang sama sewaktu Jualan Amal Gaza). Mohon kawan-kawan sudi menyumbang dalam bentuk barangan/ keperluan harian. Bagi yang ingin menderma dalam bentuk wang, kawan-kawan boleh terus bank in ke Yayasan Ikhlas seperti yang tertera di poster. Semoga sumbangan kita dapat meringankan beban saudara kita di sana.
 
Macam-macam respond bila minta kotak di kedai-kedai ni. Ada yang tengok muka kita mcm kita nak minta sumbangan barang kedai. Ada yang kata tak boleh amik kotak2 depan kedai sebab kotak kotor (walaupun saya tengok mcm ok jer), ada yang kata pergi belakang kedai tapi bila kita pergi tak de orang. Nasib baik dapat jumpa manager dan staf yang peramah dan baik hati di Bakeri Bagus Melawati dan Cold Storage Wangsa Walk. Alhamdulillah. Syukur, dapat kotak sampai penuh belakang kereta :)
 
Alhamdulillah. 1st batch barang sumbangan orang ramai kini dalam perjalanan ke Kuantan. Semoga segala urusan dipermudahkan. Terima kasih kepada orang ramai yang telah membuat sumbangan. Moga Allah membalas budi semua dengan sebaik-baik kebaikan. Amin.
 
Yang nak datang esok buat sumbangan esok, jemput datang yer kawan-kawan. Dari jam 10 pagi hingga 6 petang. Saya masuk shif  belah petang. Kalau  kawan-kawan datang petang, boleh kita jumpa :)
 
Maklumat lanjut di FB page: The Pink Charity for Flood Victims of Pantai Timur

0 comments:

Post a Comment

 

© Copyright Triple Sprinkles 2014 - Designed by Krafty Palette|Sign in