Pavlova dan testimonial

Anak ke dua saya, Arman memang manja sket. Dan dia adalah peminat nombor 1 saya. Apa sahaja yang saya bake, semua sedap bagi dia. Dan dia akan makan bersunguh-sungguh. Dua hari sebelum puasa dia minta ngan saya buatkan pavlova untuk dia dan kawan-kawan. Konon dia dan kawan-kawan akan puasa esok harinyer. Saya tau dia mana tahan kalau tak makan. Tak per la, saya layan dia jugak.  Bila bawak ke kelas, kawan-kawan dia seronok terus tepuk tangan dan nanyi lagu hari jadi. Comel ajer budak-budak ni.


Ada customer baru order mini pavlova. Beliau seorang pensyarah di UTM Jalan Semarak. Normally saya memang buat delivery sekitar,  Wangsa Maju, Setiawangsa, Melawati. Tapi setiap kali nak menghantar pavlova jantung saya berdebar. Setiap kali kereta terhentak, pavlova jadi retak. Alhamdulillah keluarga Dr suka. Esok repeat order :)



0 comments:

Post a Comment

 

© Copyright Triple Sprinkles 2014 - Designed by Krafty Palette|Sign in