Selamat Hari Guru

Cupcakes dan handmade cards untuk cikgu anak-anak saya. Buat yang simple ajer.  Dulu masa kecik-kecik, bila tiba hari guru, mesti nak beli hadiah yang besar. Nampak besar. Selalunya saya beli sekotak tisu untuk diberi kepada cikgu kelas saya. Sekota tisuk bila dibalut dengan kemas nampak mahalkan.

Lepas tu, saya tak sabar nak balik rumah sebab ayah saya akan dapat hadiah banyak sangat dari anak murid. Dan tak seorang pun anak murid ayah saya hadiahkan kotak tisu. Ramai yag bagi pen, buku nota, bunga yang lain saya tak ingat. Setiap tahun, saya tidak pernah gagal ucapkan Selamat Hari Guru kepada ayah saya. Walaupun  ayah dah lama bersara.


Anak saya dengan bangga bawak cupcakes ke sekolah. Tengah hari saya menerima message dari cikgu-cikgu ucapkan terima kasih. Malu pulak saya, apa lah sangat nilai cupcakes jika dibandingkan dengan jasa mereka mendidik anak-anak saya. Terima kasih cikgu.


 
 
 

0 comments:

Post a Comment

 

© Copyright Triple Sprinkles 2014 - Designed by Krafty Palette|Sign in