Gift Box Cake




Ini lah dia hasil belajar dengan Teacher KC di ICCA. mrrmmm... dah tahu dah trik nak buat penutup kek tu. Lepas ni akan design dengan lebih yakin lagi. masa dalam kelas, asik mngerling kelas sebelah Better Baking Siries', macam best jer kelas tu. InsyaAllah, ada kelapangan saya pun nak join jugak lah.

Lepas habis kelas, balik kampung, saya bawa kek untuk diberi kepada ibu. Alhamdulillah, ibu seronok dapat kek ni. Bila anak saya tanya 'Bila Opah nak potong kek tu?', Ibu saya jawab 'Opah nak tengok kek tu lama-lama dulu'.

Saya seronok tunjuk kek-kek yang saya buat kepada ibu ayah saya. Bukan apa just nak bgtau yang saya enjoy dengan kehidupan saya sekarang. Menjadi suri rumah, menjaga anak-anak sambil membuat hobi yang saya suka. Dulu, ibu ayah memang tidak bersetuju dengan keputusan saya untuk bersara dari TLDM.

Rezeki ada dimana-mana. Kena usaha, ikhtihar dan berserah kepada-Nya. InsyaAllah.  Masuk bulan ini, sudah hampir 4 bulan Triple Sprinkles dibuka. Alhamdulillah, walaupun tidak kerap menerima tempahan, tapi bolehlahhh.... macam tu jawapan saya kepada kawan-kawan yang bertanya khabar :)


0 comments:

Post a Comment

 

© Copyright Triple Sprinkles 2014 - Designed by Krafty Palette|Sign in