LV bag




 
 Yang ni sebenarnya dah lama nak buat, tapi nak tunggu org tempah tak tau bila. Bila kami sekeluarga plan nak buat BBQ kebetulan dekat dengan birthday adik ipar jadi beriya lah saya membuatnya sebagai surprise birthday cake untuk dia.
 
Saya banyak habiskan masa fokus untuk buat kek ini nampak real, hingga tak perasan cepat betul masa berjalan. Itu yang tulisan tak kemas, hanya sempat ditulis guna edible pen sahaja.  Yang kelakar nya kek ini dah penat dihurung kejap letak di ruang tamu, asal bunyi loceng jer, kek dibawak lari ke dalam  bilik. Kata nak surprise kan....
 
 
Alhamdulillah Ermey memang teruja nampak kek ni, dia pun tak sangka ni kek. hahahah, dik oiii.. kalau nak tunggu beg LV betul Kngah nak hadiahkan untuk birthday mmg tak dapat lah. hehehee...
 
 
Ermey tulis dalam FB dia, tak dapat beg LV betul-betul, dapat kek LV pun cukup lah... Kek choclate dengan cream cheese dan coklat ganache. Syukur, adik beradik yang datang kata kek sedap. Ada sedikit ditinggalkan untuk Ermey bawak ke pajabat esok pagi.
 
Dia tulis di FB, kawan-kawan kata kek LV sedap. Yeayyy!!!!!
 
 



Lama Ermey tenung, sayang nak potong kek ni. mrrmm... kalau tak potong camne nak makan kan? hiiikkkk  Happy birthday Ermey, we love you.

0 comments:

Post a Comment

 

© Copyright Triple Sprinkles 2014 - Designed by Krafty Palette|Sign in