LV Bag untuk Nurul Syuhada Nurul Ain


 

Tempahan kek LV ni dari Fariha, producer di TV3.  Mula-mula tu tak berani nak amik sebab order kira dah last minit.  Tapi Fariha nak jugak tempah kek LV, dan Nurul suka beg warna putih. Mula dulu saya cadang dia tempah ngan Satira (owner Pearl Cake Couture) sebab dah satu company kan, tapi Fariha kata nak tempah jugak dengan saya.. thanks dear. Saya mengenali Fariha dan Nurul ketika masa kerja dulu. Ada beberapa kali shooting untuk Majalah 3. Ishhh... tetiba rindu pada kerja lama.

Ok, ini dia kek birthday untuk Nurul.


Manis je dia bertudung sekarang. Happy birthday Nurul, semoga maintain comey sentiasa :)
 
 
 
Gambar ikhsan dari Fariha. Menurut Fariha, semua yang datang suka kek ni. Soo sedap katanya. Ni chocolate cake with oreo cream cheese dan chocolate ganache. Ha, dah nampak kan layers dalam kek tu.
 
Alhamdulillah... tempahan kek selebriti yang kedua.
 
 

0 comments:

Post a Comment

 

© Copyright Triple Sprinkles 2014 - Designed by Krafty Palette|Sign in