Kek Coklat untuk Family Pak Harun




Kawan saya Marina ada perjumpaan keluarga hujung minggu ini.  Ntah kenapa tetiba dia teringin nak bawak balik kek coklat. Bila di tanya nak decor macam mana. Mudah ajer jawapannyer 'ikut suka engkolah, asal cantik tapi tulis 'Family Pak Harun'.

Family Pak Harun ni kalau nak tau, anak-anak perempuannyer, manis-manis dan cantik-cantik belaka. Termasuk kawan saya sorang ni. Terus saya saya terfikir nak buat jambangan bunga. Bunga-bunga yang cantik dan manis.

Ni kali pertama buat bunga-bunag yang berlekuk kelopaknyer, syukur menjadi. Keliling kek dibalut dengan chocolate ganache. Dalam kek pula dilapis dengan oreo cream cheese.  :)


0 comments:

Post a Comment

 

© Copyright Triple Sprinkles 2014 - Designed by Krafty Palette|Sign in