Pavlova di pagi raya

Syukur, murah rezeki pada musim Hari Raya Haji. Hari khamis bertungkus lumus menyiapkan tempahan pavlova sejak pagi sampai petang. Sampai ada yang bawak balik ke kampung di Negeri Sembilan. Saya macam biasa bila ada customer yang nak bawah pavlova jauh-jauh ni risau hati saya, takut sampai di kampung bertakung pavlova tu.

Alhamulillah ada juga yang mms saya gambar pavlova yang selamat sampai dan kekal anggun setelah 4 jam di dalam kereta!  sejuk perut saya :)

Kebetulan saya balik ke Bangi untuk beraya di rumah mertua, satu tempahan lagi saya bawak sekali ke sana. Sampai di rumah mertua baru saya letak buah-buahan dan cream. ishhh tak confident saya. Ini kali pertam buat pavlova bersaiz besar, lebih kurang 1kg. Dia, sepupu saya dah berPM dengan saya katanya keluarga suaminya besar, tak cukup satu pavlova saiz biaser...  Kelasss menantu sekarang ni hehhehe

Pagi esok tu, saya terima message 'Sedap giller.. semua orang dok puji'... apa lagi, seronok ler... kita ni bila ada customer puas hati, memang rasa macam nak melompat-lompat gembira.



0 comments:

Post a Comment

 

© Copyright Triple Sprinkles 2014 - Designed by Krafty Palette|Sign in