My new fav dessert- PAVLOVA

Saya pernah makan pavlova dulu, dua sudu je, itu pun mengecik mak buyong punya. Oihh manis sangat tu. Tak tertelan di tekak. Terus tak nak rasa pavlova lagi.  Pastu, ada dua-tiga orang tanya saya tau buat pavlova tak, sebab diorg nak order. Ikut kan juga lah..  Bila google tu, banyak pulak versi-versi pavlova ni. Rupa pun ada macam-macam.

Sumber rujukan saya: Joy of Baking. Siap ada video lagi tu. Gi jengah sana yer. Kalau nak tau dalam bahasa melayu ni, step by step ada diceritakan oleh Irma di London. Terima kasih Irma. Semoga bertambah murah rezeki Irma. Amin.

Buat pavlova ni bagi saya mudah, tapi sangat-sangat teknikal. Betul, sebelum start campur-campur bahan tu, pastikan alat baking ni mangkuk mixer dan wisk mixer tu kering dan bebas dari air atau minyak. Walaupun setitik air, meringue tidak akan menjadi. Maka membazir lah telur putih 4 bijik tu.

Syukur, Allah permudahkan urusan. Sekali buat terus menjadi. Sekali ngap, wow! macam meletup lah kat dalam mulut ni. Rasa crispy meringue tepi2 tu, rasa manis, rasa masam buah bercampur macam menari-nari di dalam mulut. Baru saya tahu kenapa ramai yang jatuh chenta dengan pavlova. :) Anak-anak berlumba-lumpa makan, tak sangka pulak, sekejap je habis. ha, amik ko...

Ni pavlova yang saya buat semalam:



Saya pun dengan bangganya lah upload dalam FB. Ramai plak yang nak rasa. Pagi tadi saya membaking lagi pavlova. Macam ketagih pulak.  Sebijik pavlova dibelah empat. Maka cuma 4 orang sahaja yang berjaya memilik pavlova ini secara percuma... yeayyyy!!! Gumbira lah diorag apa lagi.




Besar betul stiker tu kan... hahahah... dari jauh dah buleh nampak :)   Bila pavlova ni di belah empat, jatuh2 lah buah2 tu,  dapat idea, cover tepi dia dengan bekas kek. aaarrr.... baru lah dia nampak molek.


Nak menghantar pavlova ke empat lokasi pun satu hal jugak.. bila dah tiba tu, ada yg nak siapkan anak, ada yang baru abis menyuarat, ada yang nak amik anak kat tadika. Sampai lokasi yang terakhir dah hampir hilang crispy meringue kat tepi2... aiseyyyyyy...  co-pilot pula (iman) dah melalak-lalak kat sebelah... boring lah tu tunggu lama2.. hehehe...sabar yer sayang....

Syukur dioarg suka, siap call dan tulis kat FB personal saya 'superb!', 'sedap macam beli kat KLCC', 'tak cukup, nak lagi'....  Lain kali tulis kat page, baru org buleh tau kannn....

ha, apa lagi? nak rasa? sila order dengan saya :)


0 comments:

Post a Comment

 

© Copyright Triple Sprinkles 2014 - Designed by Krafty Palette|Sign in