Cupcakes untuk kawan-kawan Amirul

Untuk jamuan hari raya anak yang sulung, Amirul Hakimi bin Mohd Faiz. Saya buat 3 dozen vanilla, banana & chocolate  cupcakes dengan italian meringue buttercream. Macam biasa lah, budak-budak bila tengok bender warna-warni diorang jadi excited, dah saya jadi macam makcik kantin dalam kelas dia kejap. Melayan kawan-kawan dia nak cupcakes itu ini. :) seronok.

Bila tengok macam2 makanan yang terhidang di meja, alamak... saya menjadi risau, habis ke tak cupcakes ni. Lepas makan jap dengan cikgu kelas Amirul, saya terus balik ke rumah.
Bila amik Amirul  balik sekolah tengah hari, dia bagi laporan : 'Ibu, cupcakes ibu semua habis, kawan-kawan abang makan"... syukur alhamdulillah :)


0 comments:

Post a Comment

 

© Copyright Triple Sprinkles 2014 - Designed by Krafty Palette|Sign in