A Pink Ombre Barbie Cake



Saya terlebih excited bila buat kek barbie ni. Hahhaha, sebab dah lama berangan nak buat. Siap berangan nak color camne, nak ruffles camne. Almaklum, ada anak bujang tiga orang, nak menunggu orang order pun belum tahu bila :). bila dapat tahu penjaga anak saya nak buat birthday party je, saya terus offer diri hehehhe.... saya buat free untuk penjaga anak saya, Nana (6 tahun) sebab suka sangat dengan mama dia. Tak berkira kalau jaga Iman. Tau kan Iman tu anak istimewa, nak mencari penjaga yang betul2 bukan nyer senang.

Ok, berbalik pada kek barbie ini. Nana dia memang request nak keke barbie dengan skirt merah. hahaha, jangan underestimate tau, dia 6 tahun tapi dah ada citarasa bab2 fesyen ni. Saya gak, bila nak design baju barbie ni, saya bayangkan baju dia yang simple tp elegent. Jadi saya buat pink ombre. bermula dengan warna merah di hujung skirt, kemudia warna berlapis2 menjadi pink dan orange. Hasilnyer... saya sendiri pun suka sangat.

Nak mengangkut kek ni pun satu hal juga kan.. dah lah besar, tak de kotak yang sesuai. Pastu nak letak kat kete cumel saya, hahah, satu strategi jugak tu. Nasib baik muat kat bonet kereta. Phewww...

Nana excited jugak bila terima kek ni kat tadika... kawan-kawan yang lain serentak kata 'waaaaahhhhhh'....

:)

Note: chocolate cake layered and covered by swiss meringue buttercream

0 comments:

Post a Comment

 

© Copyright Triple Sprinkles 2014 - Designed by Krafty Palette|Sign in