Conflakes Cookies

Kalau tak pernah buat kuih raya, sebelum buat mana-mana cookies yang compleks, wajib cuba conflakes cookies ini terlebih dahulu. Teramat mudah, senang, yang penting sedap.  Ini yang sempat saya dan anak-anak buat pagi tadi. Ada lah dapat 3 balang. Untuk dikongsi bersama ibu saya di kampung.





Thanks Yati sebab kongsi resepi ni.

Bahan A
125 gm butter
1/2 cawan brown sugar
1 cawan madu
Bahan B
1 kotak cornflakes Nestle (500gm)
1 cawan kismis (saya tak letak ni)
1 cawan badam cincang panggang

Hiasan
Mangkuk kertas kecil
Gula-gula manik (resepi asal guna cherry)

Cara
Panaskan bahan A sehingga butter cair. Setelah cair, tutup api dan masukkan bahan B. Gaul semua bahan hingga rata.
Sudukan ke dalam mangkuk kertas kecil.
Hiaskan dengan gula-gula manik.
Bakar dalam oven yg telah dipanaskan suhu 170'C selama 8-10 minit.

Senang kan? Anak saya pun suka tolong sudukan conflakes ke dalam mangkuk kecil. :)

0 comments:

Post a Comment

 

© Copyright Triple Sprinkles 2014 - Designed by Krafty Palette|Sign in