macarons and me

Selalu tengok kat blog-blog, ramai yang giller kat macaron. Comel, manis dan berwarna-warni. Ramai jugak yang buat macaron sebagai hantaran. Saya jugak dengar susah nak buat macaron ni.
Bila dah pergi kelas, baru tahu betapa sensitifnyer macaron ini. Kurang sikit dia tak jadi, terlebih sikit dia merekah. Ok, ni nak share gambar masa kelas haritu di Academy of Pastry Arts Malaysia.


Tangan bertompok-tompok warna, belum tengak apron lagi....


Gaul pun ada cara. Tak boleh gaul adunan macaron macam buat cucur udang.  negeggege


Macaron yang siap untuk dimasukkan ke dalam oven. Alas tu namanyer silicon pad.



Macaron bersaiz XL. Agak-agaknye berapa harga seketul kalau dijual?






Chef Chong bersama kami. Melihat macaron buffet ni rasa puas hati sangat berlajar dengan beliau.



0 comments:

Post a Comment

 

© Copyright Triple Sprinkles 2014 - Designed by Krafty Palette|Sign in